Monday, June 27, 2011

:: tangkap cintan ::

masa nak mengupdate blog nie..tetiba terjumpa 1 lagu yg best utk dijadikan lagu tema blog ni...hee..kasi layan ini lagu...jom3...


As we walk this land
Side by side, hand in hand
I know that some clouds may pass
But if we hold on tight
And love with all our might
Then the thorns in our life will never last

And the roads may sometimes be unpaved
You may think that our love cannot be saved
Though the world out there
May be cold to all we share
I have you, to take me through the night
And if we hold on tight
And stay true to all that’s right
Then baby, our love will always last…

See the sunrise in the sky
Kiss the sunset as we lie
At night, I’ll never leave your side
But I know someday
I’ll be gone, and you’ll be gray
Oh, darling, wish that I could heal your pain…

Though the world out there
May be cold to all we share
I have you, to take me through the night
And if we hold on tight
And stay true to all that’s right
Then baby, our love will always last…

And if we hold on tight, stay true to all that’s right
Then baby, our love will always last

~kembali aktif~


hi all... lamanya update my blog...hee... sibuk sgt kot..
Actually, byk benda yg berlaku antara jarak waktu ni..
erm...nak mula drp mn dlu ek?...hee... ok..lets start from perubahan title Miss kepada Mrs...
ha..kan dah ckp...byk benda yg berlaku...let me story 1 by 1... bermula drp hbis maktab, merisik, bertunang, posting N kawen.. tgk blog seterusnya pulak ye...hehe...

Sunday, May 23, 2010

~ceritera tentang CINTA~


hari ni terdetik d hati nak bercerita tentang CINTA...perkataan yang rasanya suma org tawu n dapat mendifinisikan mengikut kefahaman & pandangan masing2...


cinta dari ALLAH

mesti ada dikalangan kt yang penah merasai ‘cinta monyet’ kan... waktu tu, lebih kurang usia kt 12 tahun ke atas, atau mungkin lebih awal--> bergantung pada diri seseorang, kita mula rasa seronok bila ada ‘secret admirer’ <--

Kasih, sayang dan cinta. 3 ungkapan digemari manusia. Baik lelaki, lebih-lebih lagi perempuan. ~~Cuma sesetengah lelaki ni EGO nak ucapkan sayang... bila kekasih sudah melayang baru nyesal tak sudah] Tengoklah majoriti filem, telenovela dan drama; Cina, Korea, Jepun, Amerika Latin, Indonesia, Hollywood, Bollywood n etc.

Filem mmg tak sunyi drp persoalan ~cinta dan kasih sayang~. Tanpa kisah cinta diselitkan, umpama masakan tanpa garam. Bahkan banyak cerita temanya cinta. Ia sesuai dengan fitrah insan yg suka berkasih sayang.

Di atas fitrah cinta inilah Nabi Muhammad S.A.W diutuskan kepada kita. Allah menjelaskan dalam surah al-Anbiya’, ayat 107,

“Tidaklah kami mengutusi engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat ke seluruh alam.”

Rahmat di sini memberi erti cinta, kasih sayang, simpati dan belas kasihan.

pernah tak korang alami situasi ni;

Seseorang minat kita dari jauh. Mulaannya dia segan nak tunjuk muka @ kenalkan diri.. Normalla tu. Kadang-kadang peminat kita tu sentiasa kita jumpa sebenarnya.

Tapi dia akan hntar clue pada kita. Dia kirim salam. Dia hantar bunga. Tapi tidak beritahu nama dia. Yang best lagi, tiap kali kita ditimpa kesusahan ada je pertolongan sampai.

bila kt terputus wang belanja belajar kat u. Tetiba je ada orang bank in duit dalam akaun (cmne dia tau no akaun bank kt pun xtau) kita.

Aaah… banyak lagi la kebaikan yang dicurahkan pada kita secara ikhlas. Eh… macam dalam filem pula! Apa perasaan kita masa tu? Tentunya tertanya-tanya juga siapa sebenarnya si dia?

Inilah fitrah kita manusia sebenarnya. Kt mesti sedaya upaya nak tau siapa INSAN misteri tu kan...mesti kt pasang sPY...nak tgk siapala gerangan d sebalik suma tu..=)

Kalau dengan perhatian dan kebaikan yang sedikit itu pun, sudah mampu mengetuk akal kita untuk mengetahui siapakah gerangan jejaka itu.

Kalau dengan kasih yang baru berputik itu pun, cair hati kita untuk mengenalinya… apatah lagi dengan zat yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemberi Rezeki, Maha Melindungi dan Maha Indah..

Dialah yang Maha Hebat menciptakan kita dengan kejadian yang unik. Apabila kita sudah mengenal pasti betapa hebatnya kejadian kita.


Bagaimana kita diciptakan. Siapa yang menciptakan kita. Kita tidak pernah mohon dihidupkan tapi dengan kasih Allah, kita dihidupkan. Kita diberi nikmat yang terlampau banyak. Allah menyebut hakikat ini dalam surah al-Nahl, ayat 18,

“Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu mampu menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Kita dapat melihat keindahan dunia kerana kita dipinjamkan mata dan nikmat melihat. Kita dapat mendengar merdunya irama dan lagu kerana kita dipinjamkan telinga dan nikmat mendengar. Kita dapat merasa manisnya cinta kerana kita dipinjamkan hati dan perasaan.

kita sebenarnya tak memiliki apa2 pun d dunia ni.. hatta sekeping hati kita ni pun milik DIA...~

Kita mampu menilai antara baik dan buruk kerana kita dipinjamkan akal. Bahkan akallah yang membezakan kita dengan haiwan. Serta pelbagai nikmat lagi. Semuanya nikmat yang agung yang sangat hebat.

Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu”.

Kita mampu memahami apa yang dibaca kerana kita punya akal. Bukan itu sahaja, kita juga diberi kemampuan untuk jadi baik atau jahat. Kita boleh pilih mana yang kita suka. Ayat 8 dari surah al-Syams menyatakan,

فألهمها فجورها وتقوىها

Maka diilhamkan kepada manusia itu suka kepada keburukan dan kebaikan.”


Inilah fitrah manusia sejak azali. Kita tahu kewujudan Allah dan keesaanNya.



...cinta suci membawa kepada Yang Maha Suci. Cinta suci menarik nur Ilahi.


^^~~aku hanya meluahkan apa yang aku rasa dengan caraku sendiri~~^^

Monday, March 29, 2010

~heppi birthDay My Friends~

heppi birthday to you..heppi birthday to you...


Tgk tajuk kat atas pun dah tau apa yg aku nak kongsi ngan korang dlm post kali nie kan??
sbnrnya ada 5 org yg aku kenali lahir bulan nie...happy birthdaay to my BrO-zuWairi ..mY last undergrad fren - Suria ... My neW frenS - AzinI ...Sheh n DauS... aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian...moga kalian dapat mencapai apa yg kalian INGINkan...dan moga Kita dapat mencari Keredhaan-Nya.. kat cni aku uploadkan gmbar2 yg sempat asrul amik ms ktorg celebrate birthday diorg kat Bukit Jambul..---> reStoren SMILE tomyaM..<--- mmg smiley hbis aku bila mkn tomyam kat cni...mmg sedap..(^_^)

the cake~


daus n Azini~ sheh?? --> xdpt dikesaN..
depa ni cam smbut anniversary lak kan? (^_^)


~~the croWd~~



::mAkan dan teruS makaN::



Sunday, March 21, 2010

~selamat Meneruskan PERJUANGAN~


~setelah seminggu balik bercuti kat rumah...tb lah msnya ntok aku meneruskan pjuanganku menuntut ilmu sbg guru pelatih di IPG tercinta..--->ayat sgt mnyentuh kalbu<--- heee masa cuti aku kali ni byk berada kat tgganu (rmh p.long) n tok (sblh abah) kat sg petani... tasks SBE masih lagi dlm proses..org kt tggl nyawa2 ikan ja..heee ... esok dah nak mula kelas..


~hope everything will be fine or perhaps, hope to be wonderful moments for me in this place~

so aku ucapkan slamat meneruskan pengajian kpd kwn2 n diri aku sndiri..semoga menjadi bakal guru yg cemerlang suatu masa nanti..


^erti keHIDUPan^



Jom kita enjoy dulu, hidup ni cuma sekali ja.” “Masa muda cuma datang sekali, bila lagi kita nak berseronok?Boleh jadi kwn2 pernah terdengar percakapan seperti ini diucapkan, kebiasaannya oleh golongan muda remaja. Mengikut pemikiran biasa, rugilah sekiranya seseorang remaja menghabiskan umurnya tanpa merasai apa yang selalu diistilahkan sebagai enjoy”, “relax”, dan fun. Malah bagi orang dewasa sekalipun ada kalanya berasa tidak puas dan selalu terfikir untuk mencari keseronokan-keseronokan yang baru, sebab hidup ni cuma sekali, bila lagi nak merasa?”

erm...aku pun merasai dunia remaja nie...BAGI aku..kt bleh enjoy...relax n fun...tp biarla berpada-pada n tak lari drp hakikat sbnr hidup di dunia ni...

Hakikat kehidupan merupakan satu hakikat yang sangat luas, sangat panjang dan tiada penghujungnya. Apa yang pasti, nasib keadaan kehidupan kita yang panjang ini hanya ditentukan oleh masa hidup kita di dunia yang sangat singkat ini. Apalah nilainya kalaupun kita dipanjangkan umur sehingga seratus tahun di dunia, sedangkan hanya satu hari di akhirat sudah menyamai 1000 tahun masa di dunia.


Memahami akan hakikat inilah, Rasulullah SAW telah berpesan kepada kita seperti yang diceritakan oleh Abdullah bin Umar: “Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: “Hiduplah kamu di dunia ini seolah-olah kamu seorang perantau atau seorang musafir lalu.” Ibn Umar juga pernah berkata: “Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.(Riwayat al-Bukhari)

p/s: aku sentiasa menasihati diri ini akan hakikat sebenar pentas dunia~

~welcome to world of mulan~


21/03/2010
Salam perkenalan ntok semua blogger...sy budak bru blajar..kalo salah tolong tnjukkan ye..(^_^) actually aku mmg suka tulis diary...dr zaman sekolah lagi aku dah ada minat menulis diary...
suma kegiatan harian aku, aku ceritakan dlm diary tu...memandangkan skrg ni zaman millenium..
aku pun terpanggil ntok ada blog sendirik yg aku nmkan ~world of mulan~ (^_^)..
apa yg aku nak share ngan korang dlm ni sumanya pasai apa yg aku lalui...tempuhi..fikirkan...& berkaitan dengan dunia aku...a.k.a kehidupan aku...xda apa yg menarik dlm dunia aku...
cuma yg ada diri aku yg penuh dengan qaseh syg...kuikui...prasan lak kan...apa2 pun...aku hrp dpt jumpa kwn2 lama n dpt mencipta ukhwah baru...