Sunday, May 23, 2010

~ceritera tentang CINTA~


hari ni terdetik d hati nak bercerita tentang CINTA...perkataan yang rasanya suma org tawu n dapat mendifinisikan mengikut kefahaman & pandangan masing2...


cinta dari ALLAH

mesti ada dikalangan kt yang penah merasai ‘cinta monyet’ kan... waktu tu, lebih kurang usia kt 12 tahun ke atas, atau mungkin lebih awal--> bergantung pada diri seseorang, kita mula rasa seronok bila ada ‘secret admirer’ <--

Kasih, sayang dan cinta. 3 ungkapan digemari manusia. Baik lelaki, lebih-lebih lagi perempuan. ~~Cuma sesetengah lelaki ni EGO nak ucapkan sayang... bila kekasih sudah melayang baru nyesal tak sudah] Tengoklah majoriti filem, telenovela dan drama; Cina, Korea, Jepun, Amerika Latin, Indonesia, Hollywood, Bollywood n etc.

Filem mmg tak sunyi drp persoalan ~cinta dan kasih sayang~. Tanpa kisah cinta diselitkan, umpama masakan tanpa garam. Bahkan banyak cerita temanya cinta. Ia sesuai dengan fitrah insan yg suka berkasih sayang.

Di atas fitrah cinta inilah Nabi Muhammad S.A.W diutuskan kepada kita. Allah menjelaskan dalam surah al-Anbiya’, ayat 107,

“Tidaklah kami mengutusi engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat ke seluruh alam.”

Rahmat di sini memberi erti cinta, kasih sayang, simpati dan belas kasihan.

pernah tak korang alami situasi ni;

Seseorang minat kita dari jauh. Mulaannya dia segan nak tunjuk muka @ kenalkan diri.. Normalla tu. Kadang-kadang peminat kita tu sentiasa kita jumpa sebenarnya.

Tapi dia akan hntar clue pada kita. Dia kirim salam. Dia hantar bunga. Tapi tidak beritahu nama dia. Yang best lagi, tiap kali kita ditimpa kesusahan ada je pertolongan sampai.

bila kt terputus wang belanja belajar kat u. Tetiba je ada orang bank in duit dalam akaun (cmne dia tau no akaun bank kt pun xtau) kita.

Aaah… banyak lagi la kebaikan yang dicurahkan pada kita secara ikhlas. Eh… macam dalam filem pula! Apa perasaan kita masa tu? Tentunya tertanya-tanya juga siapa sebenarnya si dia?

Inilah fitrah kita manusia sebenarnya. Kt mesti sedaya upaya nak tau siapa INSAN misteri tu kan...mesti kt pasang sPY...nak tgk siapala gerangan d sebalik suma tu..=)

Kalau dengan perhatian dan kebaikan yang sedikit itu pun, sudah mampu mengetuk akal kita untuk mengetahui siapakah gerangan jejaka itu.

Kalau dengan kasih yang baru berputik itu pun, cair hati kita untuk mengenalinya… apatah lagi dengan zat yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemberi Rezeki, Maha Melindungi dan Maha Indah..

Dialah yang Maha Hebat menciptakan kita dengan kejadian yang unik. Apabila kita sudah mengenal pasti betapa hebatnya kejadian kita.


Bagaimana kita diciptakan. Siapa yang menciptakan kita. Kita tidak pernah mohon dihidupkan tapi dengan kasih Allah, kita dihidupkan. Kita diberi nikmat yang terlampau banyak. Allah menyebut hakikat ini dalam surah al-Nahl, ayat 18,

“Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu mampu menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Kita dapat melihat keindahan dunia kerana kita dipinjamkan mata dan nikmat melihat. Kita dapat mendengar merdunya irama dan lagu kerana kita dipinjamkan telinga dan nikmat mendengar. Kita dapat merasa manisnya cinta kerana kita dipinjamkan hati dan perasaan.

kita sebenarnya tak memiliki apa2 pun d dunia ni.. hatta sekeping hati kita ni pun milik DIA...~

Kita mampu menilai antara baik dan buruk kerana kita dipinjamkan akal. Bahkan akallah yang membezakan kita dengan haiwan. Serta pelbagai nikmat lagi. Semuanya nikmat yang agung yang sangat hebat.

Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu”.

Kita mampu memahami apa yang dibaca kerana kita punya akal. Bukan itu sahaja, kita juga diberi kemampuan untuk jadi baik atau jahat. Kita boleh pilih mana yang kita suka. Ayat 8 dari surah al-Syams menyatakan,

فألهمها فجورها وتقوىها

Maka diilhamkan kepada manusia itu suka kepada keburukan dan kebaikan.”


Inilah fitrah manusia sejak azali. Kita tahu kewujudan Allah dan keesaanNya.



...cinta suci membawa kepada Yang Maha Suci. Cinta suci menarik nur Ilahi.


^^~~aku hanya meluahkan apa yang aku rasa dengan caraku sendiri~~^^

2 comments: